hampir sebulan persekolahan nih..
sepanjang januari nih..
setiap hari aku bagi kat anak aku RM1..
untuk duit belanja dia..
walaupun anak aku masih tadika..
tapi kat area sekolah dia ada orang jual
segala macam "jajan"
sebenarnya memang aku tak berapa nak
bagi anak aku beli barang yang macam tu..
kan orang tua-tua selalu kata
makanan macam tu tak berapa nak elok..
tapi suami tercinta aku tu lah..
setiap hari dia pesan kat aku
jangan lupa bagi anak duit belanja..
pernah jugak bertengkar dengan suami aku pasal hal nih..
(ha..sape yang kata aku takde gaduh2 dengan suami aku tu?)
(sebenarnya kitorang macam pasangan suami isteri biasa tau)
(ada gaduh2,ada masam muka)
(tapi kan hal macam tu tak berapa elok nak dihebahkan)
(nanti lah satu hari kalau rajin aku cerita)
(apa yang aku selalu gaduhkan dengan suami aku yek?)
err...
berbalik pada cerita aku..
ok..
pernah sampai bertengkar dengan suami aku..
hurrmm..
tapi dia tetap jugak pesan kat aku jangan lupa
kasik kat anak aku tu duit belanja RM 1 nye..
dah la anak aku tu baru je tadika ... iisyy..
kata suami aku..
masa dia kecik2 dulu..
dia ada jugak makan jajan-jajan nih..
ok je..dia pandai jugak..
hurmmm...
lagipun dia dah pesan dan ajar anak dia
supaya beli keropok yang ada "halal" je.
dan lagi..
mesti bawak balik wang baki...
memang betul..
without failed , almost everyday anak
aku tu bawak balik wang baki..
setiap hari dalam kereta..
setiap petang..
sambil dia riuh bercerita kat aku apa yang
berlaku kat sekolah..kat daycare..
dia riuh jugak dok tanya kat aku
berapa duit baki dia hari tu..
aku pun rajin je lah menjawab..
tujuh puluh sen..
tiga puluh sen..
sembilan puluh sen..
kenkadang seposen je baki dia..
hari yang tinggal seposen nih
biasanya dia mesti cerita dia beli
aiskrim dengan roti..
errmm..semua duit baki dia ..
dia simpan kat dalam handbag aku..
kat zip,poket kecik dalam handbag aku.
setiap dua tiga empat hari sekali..
dia mesti mintak aku
semua wang baki dia..
semua duit syiling dia tu..
nak tengok katanya..
nak kira..
haha...sebenarnya part nih aku geram jugak nih..
yelah..
dia kira duit syiling tu ..
dah tenteu-tentu tukang melayan kiranya tu
aku.
aiiissyy...
ada jugak aku dok cerita-cerita kat suami aku..
so..
memandangkan syiling dia makin banyak..
lepas kitorang makan kat ayam penyet tu..
suami aku ajak beli tabung untuk anak aku.. jadik...
kitorang singgah la
Living Cabin
.............................................................
rasanya dah lama giler tak jejak kaki kat kedai
macam tu..
hehehe...dolu-dolu masa tengah hangat bercinta
selalu jugak jengah masuk kedai macam tu..
kan banyak barang best-best..
comel-comel..
sesekali masa suami dengan anak aku tu tengah sebok
belek-belek mencari tabung..
aku terimbau jugak kenangan masa sekolah-sekolah dulu..
kedai-kedai macam nih la antara port
kitorang kenkawan cuci-cuci mata lepas abis tution..
hehe...
misi pencarian mencarik tabung anak aku..
tu berjaya...
hurmmm...sekian sahaja lah sedikit cerita dari aku..
oh ya..
aku ada juga dok klik-klik sikit masa tu..
so kenkawan...
enjoy the pictures la yer..!
err..
agak-agaknya..
korang-korang pun teringat tak
aktiviti cuci-cuci mata nih..haha....