Friday, October 26, 2012

Silat Gayong ; tentang Bunga Tanjung dan kebaikannya.

Kebanyakan anak gayong sedia maklum akan apa itu Bunga Tanjung . Ada yang memanggilnya tari sembah, ada yang memanggilnya jurus manakala sekarang ramai yang memanggilnya gerakan .Untuk cerita dan penerangan lanjut tentang salasilah Jurus Bunga Tanjung ini boleh baca kat FB saudara segayong ku,  Komandoistana Tiger . 

*********************************************************************************

Sebagai anak gayong yang masih mentah satu ketika dulu, aku sering tertanya tanya kenapa adanya "Tari Bunga Tanjung " ? Kenapa wujudnya Tari Bunga Teratai ? 


Baru baru ini , ketika berbual dengan kawan difacebook , aku terbaca dengan status saudara segayongku, yang aku sebut sebelum ini , dan aku rasa tertarik untuk berkongsi dengan anak gayong yang lain tentang apa yang aku baca dari status laman facebook miliknya.Aku copy separuh bulat dari status facebook dia , dan aku kongsikan kat blog aku nih...khas untuk anak gayong , dan kepada mereka yang sempit pemikirannya , boleh berhenti membaca dari sekarang .. aku lebih rela nkorang berhenti membaca daripada nkorang salah faham atau salah tafsir dengan apa yang bakal nkorang baca.


Dari tari kita namakan Jurus, dari jurus kita namakan Gerakan. Coretan kali ini bukanlah hasil firasat dan pemikiran Saya.Tapi cerita ini diceritakan oleh Guru Saya Sendiri, Pak Ngah Izahar di Batu Kurau.Kisahnya bermula di waktu Dato' sudah menetap di Singapura. Di Perak pada waktu itu dianjurkan oleh pihak Istana satu pertandingan Tari Sembah di hadapan Duli Tuanku Sultan Perak. Satu Guru tua dari silat kampung menang dalam pertandingan itu. Tarinya bernama Bunga Teratai dan Bunga Tanjung. Berita ini disiarkan di dalam surat khabar, dan sampai pada Dato' Mahaguru....Di waktu itu, Guru tua itu yang bernama Pak Lang Joned, masih mengajar macam biasa di gelanggangnya. Adanya di gelanggang itu antaranya ialah anak muda bernama Izahar, dan anak guru tua itu sendiri bernama Junuh.Tanah di Batu Kurau itu masih belum berturap. Tiba satu kereta, penuh dengan lumpur tanah berwarna merah. Maka ketika itulah anak muda Izahar ini melihat pertama kalinya susuk tubuh seorang Mahaguru.Meor Rahman diperkenalkan dirinya. Salamnya disambut mesra oleh guru tua Pak Lang Joned itu. Mereka bertitih nasab keturunan, dan bertemu punca, sedarah sedaging juga kedua-duanya. Mahaguru Meor Rahman menyampaikan hajatnya, "meminang" Tari sembah Teratai Tanjung untuk perguruannya. Maka di situlah mulanya bertapak Gayong di tanah serimbun.


Bunga Teratai dan Bunga Tanjung ditatang ke Singapura. Dijaga rapi, diperelok. Diperhalusi oleh Mahaguru dan diperturunkan pada murid-murid kanannya. Ada sebab kenapa Meor Rahman memilih sembah ini. Itu haknya, yang hanya tinggal sedikit guru tua sahaja yang mengetahui sebabnya. Dari situ lahirlah Bunga Teratai dan Tanjung di Singapura. Dari Singapura, kecantikan dan keharuman kedua bunga ini menjadi igauan dan bualan. Dibawanya ke serata Malaya. Ke Kedah ia tiba, ke Selangor ia pergi, dan ke Perak ia kembali. Dari negeri-negeri ini, ia tersebar ke serata tanahair.Ada rahsia dalam tari ini. Ada jurus tersusun, yang tersurat dan yang tersirat. Gerakannya adab Melayu. Mulanya tauhid Allah, menyuci diri mencari Haq. Jangan lupa cerita Hang Tuah, pandainya melangkaui zamannya. Geraknya penuh isi, nafasnya penuh zikir.Ada pun, Bunga Teratai dan Bunga Tanjung banyak versinya di zaman ini. Itu tidak salah. Ambillah, pelajarilah. Kerana semua nya dari Mahaguru. Ceduklah sebanyak-banyaknya rahsianya dan amal dan mahirkanlah. Cuma kadang-kadang, elok juga mencari pokok asalnya. Boleh diperbandingkan dengan hak diri. Yang kurang kita tambahkan, yang cacat kita perelokkan...Versi Cikgu Majid betul,Cikgu Razali pun betul. tepuk dada tanya selera,mengapa kita perlu pertikaikan sedangkan ia datang dari ADMAR sendiri.Yang silap dan salah maklumat itu kerana kelemahan saya. mohon maaf dan ampun. apa yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri...

*********************************************************************************

Itulah serba sedikit tentang asal usul Jurus Bunga Tanjung yang aku baca ..

Secara peribadi bagi aku dengan Bunga Tanjung ini cukup banyak kebaikan dan kelebihannya jika kita lakukan dengan fokus, kekuda yang mantap dan aturan pernafasan. Masa zaman aku mendapat didikan dari Cikgu Amin Hamzah, bunga tanjung nie adalah perkara yang wajib dilakukan setiap kali mula dan tamat latihan. Malah disuruhnya berulang kali , hingga 3~4 kali dalam satu satu masa yang sama .Hasilnya...aku rasa lebih berstamina, badan rasa lebih ringan dan fokus lebih tajam. Seolah-olah ia membuka deria rasa kita ketahap maksimum.. Agak kecewa dengan anak murid sekarang, kalau kita suruh ulang 2~3 kali Bunga Tanjung , boleh nampak muka malas yang penuh dengan kebosanan diwajah segelintir daripada mereka.

Ada satu peristiwa yang Allah tunjukkan kepada aku.

Pertengahan tahun yang lalu ada seorang Pak Arab yang datang ke Pusat Latihan kami kerana ingin mempelajari ilmu Gayong. Setelah menerimanya menjadi murid gayong mengikut adat dan adab, maka dia mula berlatih. Hingga satu tahap dia ingin belajar teknik pemusnahan atau pemecahan genting dan bata, kerana sebelum nie dia pernah terlihat  video tersebut , yang mana di dalam video tersebut Cikgu Idris dan Abang Wan sedang melakukan teknik pemecahan.

Katanya memandangkan Abang Wan seorang yang bersusuk tubuh kecil darinya pun boleh melakukan pemecahan, maka pak arab tersebut berkata dirinya yang bersaiz lebih tegap dan besar pasti dia boleh membuat pemecahan genting dan bata yang sama.Untuk memenuhi permintaan orang asing yang sedang belajar ilmu mempertahankan diri bangsa aku ,aku dan Abang Wan pun aturkan satu malam untuk mengajar pak arab tersebut , dan beri dia peluang untuk merasai sendiri susah senang memecahkan genting dan bata.

 Saiz Pak Arab(kiri) dan Abang Wan(kanan).memang berbeza.Pemecahan adalah antara kegemaran Abang Wan.  
Ternyata Pak Arab (Mohammad) kurang berjaya ketika melakukan pemecahan . Kami ada rakaman video Pak Arab (Mohamad) tidak berjaya melakukan teknik pemecahan juring pada genting. (Rakaman dan foto yang diambil adalah atas tujuan pembelajaran serta kenangan untuk kami dan Pak Arab)

video

Pak Arab akhirnya mengakui yang dia telah memandang rendah tentang pemecahan genting dan bata , dan akhirnya meminta kami mengajar dia sehingga dia boleh melakukan teknik pemecahan genting dan bata dengan betul , dan berjaya . Lalu aku dan Abang Wan pun tunjuk dan ajarkan Jurus Bunga Tanjung.  Kami tekankan kepada Pak Arab cuma "bersenam" dengan jurus bunga tanjung , kekuda yang rendah , fokus dan aturan pernafasan yang betul bagi setiap pergerakan dapat membaiki teknik pemecahan yang ingin dikuasainya. Lebih kurang seminggu , Pak Arab tak pernah gagal dalam membuat "senaman" dengan gerak langkah tari jurus bunga tanjung.  

Aku sendiri kerap mengusik dia " you kick like a girl " dan akan terserlah muka bersungguh sungguh Pak Arab dalam berlatih , konsisten dan penuh semangat. Alhamdulillah , dengan izin Allah , berkat kesungguhan Pak Arab berlatih Jurus Bunga Tanjung, dia akhirnya berjaya melakukan teknik pemecahan dengan baik.. Hasil latihan yang konsisten selama seminggu , setiap hari.. Kita dah tahu .. kita berusaha , insyaAllah dengan izin Allah pasti kejayaan milik kita..Ianya kenangan manis bukan saja untuk Pak Arab , tapi juga untuk kami yang teman berteman dalam mengajar dan berkongsi ilmu dengan Pak Arab nih...

video

Apa yang ingin aku kongsikan disini dengan semua anak anak gayong khasnya dan pesilat pesilat mana mana persatuan amnya ialah tak kira apa jenis jurus tari dan gerakan didalam ilmu persilatan , janganlah  ia dipandang rendah...jangan ia disalah ertikan...

Mahirkan diri dahulu. Jadikan ia sebagai makanan dan pakaian harian kita.

Ada sebab mengapa ia diletakkan didalam pelajaran asas.
Tanpa asas yang kukuh kita tak akan mampu bertahan lama.
Jika tak mampu bertahan lama kita tak akan dapat pergi jauh.

Alang alang bercerita tentang Pak Arab aka Mohammad,
aku kongsikan sekali video majlis ringkas penyampaian bengkong putih
kepada Mohammad yang telah lulus ujian berpusat di Pusat Latihan kami.


video

*********************************************************************************
Kepada anak Gayong mahirkanlah asas,
Kelak engkau tidak akan menyesal.
Kerana selepas ini terlalu banyak ilmu Pendekar, Hulubalang dan Panglima
yang hendak engkau pelajari.
Jangan akibat malas memahirkan asas, langkah mu cangung bila berpencak,
Tambah sumbang bila berpencakkan senjata.
Ingatlah jika asas kita kukuh,
maka mudah lah kita menerima pelajaran peringkat atas.
Mudahlah kita mahir berpencakkan senjata.


Dari Kiri: Muzammel , HaKEm (aku la tu Hitam Keris Emas) , Pak Ngah Izhar dan Mazlan.
 Pak Ngah Izhar  antara guru gayong yang banyak menyimpan ilmu dan rahsia gayong seperti guru-guru gayong lama yang lain. Pak Ngah Izhar antara murid ADMAR yang  dihiasi dengan Belian. 


*******************************************************************************

Akhir kata aku mohon maaf jika entry ini menyingung mana-mana pihak.

Dan kepada Guru-guru Gayong Lama jika ada teguran untuk membetulkan artikel ini, silakanlah.
Sama-sama kita berkongsi ilmu , yang baik dan elok datang dari Allah s.w.t. , mana yang kurang baik datang dari kesilapan saya sendiri.

2 comments:

  1. salam... boleh tgok sini .. ;)

    http://narapatinantaboga.blogspot.com/2010/12/al-kisah-tari-sembah-gayong.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...