kenapa kongsi blog?

on Thursday, June 14, 2012

bukan calang-calang orang yang bertanya pada aku soalan itu.
aku tahu ia menjadi persoalan ramai lagi kawan mahupun saudara
tapi disebabkan tak mahu merosakkan hubungan baik masing-masing
cuma diam dan memilih untuk tidak bertanya.

selama ini aku memang memantau setiap entry dari dia.
bukan sebab aku tidak percaya , tapi kerana dia yang mahu restu dari aku
untuk setiap perkara yang dilakukannya.
senang hati memiliki dia.
tidak lupa pada aku.sering menjaga hati aku.
yang paling penting sentiasa mendahulukan aku dalam segala-galanya.

kasih sayang dia buat aku dekat.
dekat dengan dia.

sungguh aku percayakan dia.
cinta kami bukan baru muncul semalam.
lama.dan aku sudah cukup kenali hati budinya.
aku tahu dia setia.

kenapa aku mahu kongsi blog dengan dia?

kerana aku terlalu sayang pada dia.

aku tidak mahu ada apa juga perkara yang memisahkan aku dan dia.

insya Allah , selagi Allah s.w.t memberi keizinan.
memberkati hubungan kami.
moga ia terjalin hingga ke syurga.

ya.
aku tidak malu untuk akui yang aku cinta dia.
sangat menyintainya.

Ranking: 5

{ 3 comments ... read them below or add one }

Iffah Afeefah said...

kongsi ngn y halal xpe

romantik gtu


June 14, 2012 at 11:25 PM
kakcik said...

Kakcik suka baca catatan ini. Tulus. :)


June 15, 2012 at 2:37 PM
Hidayah Bach said...

kak cik : dayah pun suka baca.
hehe


June 15, 2012 at 3:31 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Service Tempahan Design | Design By: kozumi_ro