bila suami buat kita menangis....! itulah entrynya.
yup...
memang aku sengaja nak buat dia rasa menangis terharu kerana aku suami yang sweet & romantik .masa dia cerita pada aku tentang cincin mutiara kawan dia itu, aku tahu dia hanya sekadar bercerita. ini kerana jika dia ingin sesuatu biasanya dia akan cakap terus terang. dia tidak berselindung jika dia mahukan sesuatu.
renung dalam-dalam mata isteri masing-masing.dapat lihat tak betapa letih mereka sebenarnya?setiap hari menjalankan tugas sebagai isteri & ibu dengan kudrat wanita mereka.aku dapat lihat keletihan isteri aku setiap hari.kerana itu aku sentiasa cuba beri yang terbaik pada dia.walaupun ia tidak sempurna. aku tetap cuba.
memang sejak parking kereta lagi aku dah pasang niat nak mengusik isteri aku.

aku mahu biar dia memilih cincin,dan bila dia leka aku akan pilih sesuatu untuk dia.kemudian aku hanya buat tidak faham saja bila dia mula mengomel tentang betapa tak romantiknya aku sekarang.biarkan saja dia mengomel. kerana aku sudah tahu disaat akhir kemenangan berada dipihak aku. adakah aku jahat kerana itu?
tidak.
apa yang aku lakukan adalah usik mengusik dan gurau senda antara suami isteri.
ada kemanisan disitu.
:)
yup. aku adalah lelaki dalam kategori legend , hensem dan macho tapi dalam hati ada taman.
untuk isteri sendiri rasa aku itu bukan sesuatu yang salah.
rasanya semua lelaki mempunyai sikap romantik cuma terpulang pada setiap individu bagaimana nak ekspresikannya. aku tak mahu jadi lelaki yang hanya romantik sebelum bergelar suami.pernah tak nkorang
baca artikel daripada pakar motivasi ini?
dato` dr. fadzillah kamsah. aku pernah baca salah satu artikel dia yang benar-benar beri kesan pada aku. antara isi kandungan artikel yang aku masih ingat ialah...
"jangan hanya ambil hati wanita sebelum kamu memilikinya . pastikan kamu masih dan sentiasa mengambil hatinya apabila kamu sudah memiliki hatinya. "
apa yang aku paham? jangan hanya tau nak mengorat wanita , lepas dah dijadikan isteri, buat lantak pi aje lah...! dah jadik isteri...tak perlu nak jaga hati. tak perlu nak mengorat dia lagi.tak perlu tackle hati dia lagi.
tak perlu itu. tak perlu ini.
tapi diri kita sendiri,sebagai suami..mahu terima layanan first class dari isteri.
hargai isteri. sudah tentu semua lelaki hargai isteri.
aku yakin itu. cuma adakah isteri nkorang tau yang nkorang menghargai?
jangan-jangan nkorang sendiri ego untuk mengakui.
apa yang aku sedang tulis ini juga merupakan ayat-ayat mengambil hati.
apa yang sedang berlaku dalam gambar dibawah juga adalah kerana mahu mengambil hati.

aku tak pernah rasa terpaksa setiap kali dia minta aku bergambar begini dengan dia. walaupun kadang-kala timbul juga rasa geram dalam hati tapi demi kasih sayang dan cinta aku turutkan juga.ada juga ketikanya aku menolak permintaan dia kerana keadaan dan tempat yang aku rasakan tidak sesuai untuk suami isteri bergaya manja berdua.tapi seboleh-bolehnya aku cuba penuhi permintaan dia.
jadi , entry ringkas aku ini adalah untuk menjawab segala persoalan yang aku terima.
perlu atau tidak bersikap romantik pada isteri?
tanya diri sendiri , nkorang tahu jawapannya.cuma yang menjadi isunya,sanggup ke nkorang mengakuinya?jika jawapannya ada lah iya. perlu romantik pada isteri....
bagi aku ...? sikap romantik pada isteri adalah perlu sangat perlu. sebagai ketua keluarga , suami bukan saja menjadi contoh pada isteri itu sendiri , tapi memberi contoh pada anak juga.
kapal kita semua memang tak sama . tapi sebagai islam matlamat kita sama.
terpulang bagaimana cara mahu mengemudikannya. aku ? Alhamdulillah dalam zon selesa.
![]() | |
| gambar tangkap sendiri , syok sendiri |







{ 7 comments ... read them below or add one }
takot plak bila masuk blog ni sebab ade cctv kat tepi...hahaha
btw,orang belum kahwin boleh baca ke blog ni ?segan plak tibe2..hehe
June 15, 2012 at 11:38 PM
nice blog bro, so romantic entry :)
semua para suami & isteri perlu romantik hehehehe
June 16, 2012 at 3:08 PM
huhuhu... romatiknya... sweet...
June 17, 2012 at 6:43 PM
really sweet la !
beruntung isteri :)
memang kadang2 keadaan dan tempat pun buat kite malu nak posing2 kan haha
semoga berbahagia :)
June 17, 2012 at 6:50 PM
really sweet la !
beruntung isteri :)
memang kadang2 keadaan dan tempat pun buat kite malu nak posing2 kan haha
semoga berbahagia :)
June 17, 2012 at 6:50 PM
sweetnya. semoga kekal hingga akhir hayat. comel lah you guys :)
June 17, 2012 at 6:58 PM
wah romantik ngn isteri sngt perlu hehe
June 18, 2012 at 1:55 PM
Post a Comment