Ben Ashaari bagi nasihat ekslusif kat aku..!!!

on Friday, June 1, 2012

Blog blog peribadi ni lak , amatlah kurang pengikut kerana mereka ni bukanlah terdiri dari mereka yang dikenali ramai . Maka , ramailah mula bertukar arah .. kan ? Rugi sebenarnya .. Apa yang membezakan antara blogger ialah penulisannya . Setiap penulis blog ada gaya penulisan tersendiri .. Itulah daya tarikan sebenarnya .. Malangnya , dari mula aku berblog hingga sekarang .. tumbuhnya blog ibarat cendawan tumbuh selepas hujan adalah semata mata ingin mendapatkan pulangan yang lumayan .. Tak salah untuk dapatkan pendapatan dari blog tetapi macam aku kata , kalau nak berjaya seperti blogger yang popular tu , kemaskinikan blog dan wujudkan keunikkan di blog kita tu .. Cari kekuatan blog kita .. Kebanyakkan kesilapan yang berlaku ialah , tanam pokok hari ni , esok nak kait dah buahnya .. Boleh ke ?

************************************************************************************
itu adalah sedikit petikan daripada entry Ben Ashaari

daripada entry ini  

***********************************************************************************

kenapa aku copy paste ?
pasal aku suka sangat ya amat la entry kali ini..

pasal apa?
pasal entry nih macam nasihat khas untuk aku..
muahahakakakah...

takdelah..propa aje itu..

sebenarnya aku tertarik dengan entry berunsur nasihat nih sebab rasa macam
ia tiba tepat pada masanya. Sekali baca , aku dah fikir macam..

oohhhh...aku antara blogger yang mula nak mengarut ..
hampir lupa pulak tujuan asal aku berblogging nih haaaa..

Tujuan yang betul2 buat aku nak terus kekal dengan blog adalah kerana
aku nak abadikan seberapa banyak cerita tentang aku dan keluarga supaya
dimasa akan datang..bila aku dah tua..
aku nak online blog dimalam raya dan cerita kan kisah2 lama pada cucu2 aku nanti..

errmmm..
aku nak jadik opah yang best...
kehkehkehkeh.....ini bukan mengarut.
aku serius nih.

entah macam mana dan kenapa bila aku start blogwalking...

aku jumpa satu dunia lain.
























aku baca banyak entry tentang itu dan ini mengenai dunia blog dan buat aku rasa
nak jadi salah seorang yang bereksperimen dengan blog.
Aku nak tahu apa yang aku boleh dapat.
Aku nak tahu betul ke segala apa yang aku baca.

Dalam pada itu lah...
sehingga aku baca entry ini tadi , aku rasa macam...
ohhh..apa dah berlaku pada aku..?

sempat aku belek-belek kejap entry aku kebelakangan ini..

aku bebetul perasan yang dah begitu lama aku tak hapdet cerita aku
masak apa..makan dimana...marahkan siapa...

aku sebok sangat ber eksperimen dengan SEO..

!!

ok.

sebab itu aku copy paste ayat separuh nasihat itu dan letak kat dalam entry ini.

buat kesekian kalinya...have to thank En. Ben ini kerana entry nya..

:)

ok En. Ben...

sila lah jangan saman saya sebab copy paste ayat En. Ben yer..?

******************************************************************************

huurrrmmm..

aku tak berapa kejar sangat pendapatan tu.
bagi aku rezeki dah ditentukan olehNya.
yang perlu aku lakukan ialah berusaha.

aku rasa malas dah lah nak bereksperimen.
penat pulak rasanya..

ok..

mulai sekarang takpelah kalau takde trafik sesat dari SEO tu..

aku nak concentrate kat entry peribadi aku..

yeah...yeah...aku tau aku bukan somebody yang orang akan ambik tahu pasal aku..

tapi...

aku tahu lima puluh tahun lagi kalau dunia belum kiamat,
aku akan masih lagi terus dengan blog aku dan mungkin masa tu
aku dah cerita tentang cicit..!!
insyaAllah..kalau umur aku panjang..

dah tentu aku akan sentiasa doakan agar suami aku juga masih hidup sihat
menemani aku waktu kami dah jadi moyang kelak...

ekekekeke...tetiba aku terpikir..
masa tu ...
suami aku masih lagi hensem daripada aaron aziz ke tidak yek..?

hahahaha...sungguh lah aku nih tak sedar diri..
orang dah lanjut usia fikir amal ibadat cukup ke tidak..
aku masih jugak sebok dengan hensem..hensem...hensem...!
;)
 
dah lama kita tak dating gi nyanyi kan kekanda hitam keris emas...?
 
 
















Ranking: 5

{ 2 comments ... read them below or add one }

Boni JLL3 said...

hehehehe. tak salah untuk bereksperimen.. saya pun kadang2 bereksperimen gak. tapi tak lah selalu.. time bila rasa nak try main SEO baru saya belasah..haha. macam entri pasal aaron aziz tu. tapi masih laagi kekalkan gaya penulisan saya. hurm, sampai ke entri pertama ye kena terjah?hahaha.. saya mana ada blog lain. ni lah satu2nya blog saya


June 1, 2012 at 3:11 PM
Hitam Keris Emas said...

Boni : mesti trafik hang sesak pasal entry panas mcm tu.

Mania: ok. Nanti kita cari masa gi buat konsert tertutup yer..


June 2, 2012 at 8:21 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Service Tempahan Design | Design By: kozumi_ro