aku dan hujan renyai.

on Monday, January 31, 2011

semalam hujan turun seharian kan...
dari awal pagi..sampai ke lewat malam...
kalau berhenti pun... sekejap2 je.. lepas tu..hujan lagi..

yang bestnya..cuaca jadik sejuk...kan...
kepada kaki tidur...memang time berdengkur yang best..!

well...semalam kami plan nak pi bbq kat tepi sungai..
ingat nak pi berkelah..sambil makan2....
tapi manusia hanya mampu merancang kan....

so, dek kerana hujan yang berterusan ,
kami tukar plan...kepada tidur ..tidur..dan tidur....
tengah hari lepas makan..tidur..tidur..tidur....
gara2 sabtu pun balik lewat dan letih aktiviti hari sabtu pun berbaki lagi...

hujan sehingga ke petang...
hingga aku tak ke pasar malam....

sehingga malam.....
suddenly mood nak makan eskrim datang....
pergghhh..dengan suasana sejuk dan hujan yang renyai2...
makanan yang sejuk mcm eskrim boleh la di kategorikan sebagai

pilihan yang mengarut....
tapi..serius nih...mmg teringin nak sgt....

walau sudah agak lewat..aku bagitahu jugak kat hubby aku...
teringin nak...
surprise..surprise....katanya ok..siap lah....

well.....walau sudah agak lewat...
kami bertiga menikmati eskrim kami...
di situ..sambil berbual dan bergelak ketawa....

terukir satu lagi kenangan manis kami bersama....

majlis doa selamat misz neda

on Sunday, January 30, 2011

malam semalam aku ke satu majlis hari jadi anak kawan aku...
anaknye umur setahun...

awal lagi aku dah keluar.....ingat nak sampai awal..boleh tolong apa yang patut..
tapi dalam perjalanan kesana , byk pulak tempat yang hubby aku nak singgah.....
singgah sana..singgah sini..singgah situ...

akhirnya aku sampai umah kawan aku tu dekat pukul sembilan juga....
sesampai-sampai aku kat umah kawan aku...

dah ramai org...
bau-bauan yg sedap....

aku cari2 kawan aku..jumpa..lepas salam menyalam...
makan...

ada byk makanan yang sedap...
tapi mmg thumbs up la pada kawan aku pasal makanannya...
sangat-sangat sedap..
aku tgk tetamu2 yang hadir... makan ..pinggan sampai licin..
tak tinggal apa kecuali tinggal tulang...hehehe..
termasuk lah aku dan suami kesygan ku...

lepas tu kami carik birthday boy tu..
pasal hubby aku nak sangat2 bukak hadiah yg dia belikan tu dpn
birthday boy...lepas buka...hhuurrmmm... anak aku , hubby aku dan birthday boy tu..
main..main..main...main...mainan tu...
pas tu mainan tu perlukan bateri untuk berbunyi...
dengan kreatifnya aku pinjam bateri yang ada dalam bilik tv umah member mak aku tu...
selepas benda tu berbunyi-bunyi..
hahaha...bukan sorang budak kecik dalam bilik tu..
empat...termasuk aku...kihkih..
ralit main... haha..riuh rendah kejap..mujur bilik tv umah auntie kat belakang..


dah agak lewat malam..hampir kul 11...
hubby aku baru teringat kelas mempertahankan diri dia...
hehehe..gara2 main ngan budak kecik..lupa...

jenuh aku carik tuan rumah..nak bagitahu aku nak balik..
tapi tak jumpa..
sudahnya aku mintak tolong suami dia aje lah bagitahu kan...

dengan perut kenyang dan senang hati....
aku tinggalkan majlis kawan aku yang aku rasa
walaupun simple..tapi berjaya...

dan secara peribadi ,aku rasa majlis itu berjaya kerana
sokongan penuh keluarga dan ipar duainya..

jugak kek yang sedap....
aku pun nak tempah jugak nanti..
kuah sos bbq nye..hiingga menjilat jari lah...
kira2 bagi aku sos nya oleh klasifikasikan sebagai kelas 5 bintang..!

korang2 yang dah bosan dengan secret recipe...boleh cuba2 jugak..
elyashak bakeri..boleh search facebook yer..
owner pun hensem.....tapi aku tak tau lah dah berpunya ke belum...

Mr. Ramdzan & Pn.Aida , thank you for invite us...

next time ada makan2..kami nak datang lagik..kihkih...

sah ko nih busuk hati...eeyyuuwww.....

on Friday, January 28, 2011

kucing rumah kak limah dapat seekor ikan...mana tahu kucing sebelah umah kak limah dapat lebih sikit...
rezeki kucing sebelah umah kak limah lah......tak payah lah nak dengki... bukan kucing sebelah umah kak limah tu tau dia nak dapat dua tiga ekor ikan...

kucing depan umah kak limah cakap kat kucing sebelah umah kak limah , ambik je ikan tu tak payah pikir lagi.
tak payah peduli sangat kucing umah kak limah tu.. dia memang macam tu.. kucing lain tak boleh dapat
lebih dari dia..kucing depan umah kak limah dah lama berjiran dengan kucing umah kak limah... faham sangat perangai kucing tu dah...

i`m touch

on Thursday, January 27, 2011

kelmarin.

ketika kami dalam perjalanan ke taska nak ambik anak kesayangan kami petang itu , ternampak seorang wanita melintas , bersama dengan dua orang anak yang kecil , lebih kurang 5 dan 7 tahun... aku ingat wanita itu letak keretanya diseberang jalan...

lepas ambik anak aku , kami gi singgah kedai makan ,order untuk makan malam , tapau ...sementara tu anak aku dah request nak burger , so sementara tunggu lauk-pauk order tu dimasak oleh abe , kami pun gi order burger dulu di stall burger yang paling sedap masakannya mengikut selera kami sekeluarga... dalam perjalanan nak ke stall burger tu lah..aku ternampak wanita tadi...bersama dua orang anaknya.. menjijit beg2 plastik yg sangat besar dan nampak berat... anak kecil yang berdua itu juga menjijit2 beg plastik yang besar ... dan sememang nya nampak berat......serta-merta hati aku sayu... sekarang aku faham dan tahu.. mereka ... hhurrrrmmm...

aku cuit2 peha suami aku ..sungguh aku rasa sgt sebak memandang kanak2 berdua itu....

perlahan suami aku memberhentikan kereta...aku turun..dan bertanya ..ingin kemana , biarlah kami hantarkan.
tak dapat lari dari sikap menyibuk , aku intai2 juga apa yang dijinjit oleh wanita itu bersama anak2nya yang kecil...nampak ada keperluan asas dapur..susu , beras , minyak,tepung dan baju...!
oh..mereka beli barang...fikir ku...

dalam perjalanan menghantar wanita dan 2 anaknya , aku sempat berbual-bual...sekadar mengisi kekosongan....suami dan anak aku yang biasanya riuh berbual dan bersembang , hanya mendengar.

wanita itu ,
katanya ini kali pertama dia mampu beli makanan dan barang dapur lebih sikit untuk anaknya. katanya dia orang susah...anak2nya yang mahu mengikut ke kedai walaupun jauh (lebih kurang 45minit berjalan kaki)
mulanya dia agak keberatan bila anak2nya yg kecil mahu mengikut dan menolong , tapi mengenangkan dia
seorang pun tidak mampu untuk angkat barang2 itu nanti , diturut juga kemahuan anaknya , lagipun dia tidak pernah bawa anaknya ke kedai dan membeli sesuatu...

dan soalan berikutnya yang aku tanya..yang aku sendiri kesalkan kemudiannya...
"anak2nya gembira la nih sebab dapat baju baru..." (seperti apa yang aku nampak dalam plastic bag itu..)
kata wanita itu....dia belum mampu untuk beli baju baru....
baju itu dia dan anaknya ambil dari pondok , kotak besar tepi jalan , tempat org2 dermakan baju yang mereka tidak mahu lagi..tapi bagi wanita dan dua anak kecil itu,
baju itu masih sangat cantik....dan boleh dipakai...
saat itu aku genggam jari jemari suami ku....dan aku sedar selain genggaman itu dibalas erat oleh suamiku ,
aku dapat rasa jemari kecil anak kesayangan ku sama...ya..dua lelaki ini tahu betapa hati ku mudah tersentuh dan sudah tersentuh ketika itu...aku tahan perasaan sebak itu...
aku tidak mahu mereka salah sangka...

sehingga depan pintu rumah mereka aku hantar , dijemput masuk......lain kali jawapanku...
dah nak maghrib....
masuk je semula dalam kereta , tak dapat aku tahan sebak lagi...

walau dipujuk 2 hero kesayangan aku...sungguh aku sebak..
perasaannya bercampur.... aku sendiri hampir tidak pasti apa yang aku kesalkan..

yang pasti ....aku sangat insaf..... dan sangat bersyukur dengan kurniaan Allah s.w.t pada kami....

kehidupan wanita itu , dan ceritanya yang cuma lima minit perjalanan kereta....cukup2 meninggalkan
kesan yang dalam....

semalam.

sengaja aku singgah kedai , beli sedikit buah , coklat dan kuih .
selepas ambil anak kesayangan aku , aku terus menghala ke rumah wanita itu .

sempat lah aku berbual seketika dengan anak2nya yang gembira menyambut buah tangan
yang aku belikan....(tidak seberapa , sekadar yang aku mampu)
wanita itu masih belum pulang dari kerja.....aku sekadar berpesan pada anak2 kecil yang menjaga diri
mereka sendiri itu...supaya berhati2... kata anaknya yang sulung , mereka tinggal dengan makcik sebelah
selepas balik sekolah.... adiknya , yang seperti sangkaan ku 5 tahun , masih belum ke sekolah...

ibu kata tahun depan , begitula cerita mereka....

bermacam2 soalan pula yang ditanya anak ku selepas itu ...

"saper diorang tu ibu...?"
"kenapa ibu bagi diorang cokelet..?"
"itu sepupu akim ke ibu..?"
"itu macam orang yang tumpang kita semalam ke ibu? mana ibu dia..?"

aku tak sesebak kali pertama jumpa mereka , tapi perasaan itu masih ada.
aku hanya diam, belum bersedia untuk menjawab....
sedar dengan sepi yang melanda dalam kereta , anak aku bersandar , main game....

sambil tunggu order siap , aku sedar..aku banyak termenung...
(sambil fikir sedap ke lauk nih pasal kedai abe tutup..)
tingkap kereta aku diketuk...eh..dah siap rupanya...

sambil berbual ketika makan malam ,
aku berkongsi cerita dengan suami aku...
dan ketika tinggal berdua dengan anak ku selepas itu ,
(suami aku menuntut ilmu , my handsome pendekar)
ketika menemani anak ku menyiapkan homework nya..
ibu dan anak kecil berbual...

aku luahkan kepada si kecil ku itu...
menasihati dan bercerita kepada si kecil ku....
menjawab segala kemusykilan nya petang tadi...
tidak pasti dia faham atau tidak....
tapi aku tetap menerangkan....
sebaik yang aku boleh supaya dia faham dan tidak lagi
berada dalam keadaan tertanya-tanya kenapa ibunya sebak dan sedih.

sehingga sekarang  , perasaan aku masih  ada "sesuatu"
tidak pasti apa yang aku kesalkan...
tetapi secara peribadi ... kisah wanita itu benar2 membuat aku tersentuh...

aku berdoa semoga wanita itu akan terus tabah.....

*pengalaman2 ini semakin mendewasakan aku yang seringkali lupa bahawa sebenarnya
aku sudah dewasa*

i`m so in love

on Tuesday, January 25, 2011

perasaannya sangat sukar dimengertikan...

apa yg kita tahu..kita rasa berdebar...cemas...kadangkala kaku...
nak duduk rasa tak kena..nak berdiri rasa salah...
nak wangi jer sentiasa...
malu..tapi mahu...
eerrrmmm......

tak makan pun tak apa...dahaga boleh tahan walaupun bukan bulan puasa...
letih berjalan..tak terasa...

itulah perasaan aku .."dating"
satu ketika dulu........


sekarang...aku masih berdebar saat dia mendatangi aku...
masih malu walaupun mahu...
cuma tak kisah nak duduk ke berdiri ke..
pasal dia dah jadi suami yang sah...
makan dan minum...
konfem ....tak ingat nak control malah dah lupa dah...
berjalan..ala......letih la...

hehehehe....
we still together..
masih bergandingan tangan ketika jalan berdua..
masih berpelukan walaupun jalan bertiga...

dan masih bercium-ciuman walau di hadapan sesiapapun..
(errmmmm..depan papa ngan mummy belum pernah la tapi depan mama ngan abah byk kali kantoi)
but my dearest...
tak kisah...people can say what they want...kan..kan...

tak percaya kami masih bergandingan..
even kissing in front of everyone...
well...

close friend and family know.....

hehehe....

and i`m still in love..

-*syukur*-

resipi najihah ke nih....?nyum2...

on Wednesday, January 19, 2011

.
LAMB CHOP!


Resepi Sos Perap untuk Lamb4 keping lamb (besar)
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah jika suka )
sedikit madu
*saya suka letak kicap utk kaler yg lebih menarik...xder la kelabu asap je...huhu

Resepi Sos Lada hitam untuk Lamb Chop
2 sb sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sb mentega - utk tumis
2 sb tepung gandum
air secukup rasa ikut nak pekat mana...
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

* bahan2 ni sekadar anggaran...ikut anak tekak kalu x sesedap rs blh tambah bahan yg rs x cukup k...

cinta ku hilang.

on Tuesday, January 18, 2011

petang semalam adalah hari yang sangat panjang untuk aku.
dari petang membawa ke malam....waktu2 sukar yang aku lalui...
hancur luluh rasanya dalam hati bila tgk kitty kesayangan aku dilanggar
orang sengal yang tidak bertanggungjawab.ppergghhh.....betul2 sadis lah...

semalaman aku tak dapat nak lelap..
akibatnya pagi nih..sekarang..tersengguk2 mengantuk...

orang itu reverse tanpa pandang belakang...!!! lepas tu katanya aku yang langgar dia ..
kalau aku wat report kat balai pun..sure2 aku salah..sebab aku langgar belakang dia........

mujur aku tak hilang pertimbangan...
aku cuba bertenang...walaupun dah menggeletar dan rasanya muka aku dah berubah pucat..
selepas aku ambil contact number dan no plat dia....aku terus hubungi dearest hubby aku...

*betapa eratnya dia peluk aku sebab risau..tapi Alhamdulillah..aku selamat*

manusia tidak bertanggungjawab itu..yang tidak mengaku salah itu.......
yang berbelit-belit itu akhirnya terbelit bila seseorang yang berada ditempat kejadian sudi menjadi
saksi aku....manusia yang tidak bertanggungjawab itu memohon untuk selesaikan kes diluar B.P.

daripada seorang yang riak , berlagak dan sombong , org yang tidak bertanggungjawab itu berubah lemah gemalai...kata dia tak cukup duit sekarang kalau nak bayar ganti rugi...Minta tangguh sampai cukup bulan , sampai dapat gaji.

Hubby aku memang tak mahu beri peluang.katanya hatinya sangat panas. manusia biadap di depannya itu telah menyebabkan dia nyaris2 kehilangan isteri. Tapi aku tak sampai hati...selepas adegan pujuk memujuk dan bincang membincang antara suami , aku dan kawan....kami setuju.
Dia akan bayar ganti ruginya cukup bulan nanti....lepas dapat gaji...

waktu itu....waktu separuh jiwa aku melayang....tengok kitty aku remuk...
aku dah tak pikir apa dah..nak menangis...ramai kawan2nya ada ...segan...
hinggalah selesai , mereka bersurai...

dalam perjalanan untuk hantar kitty aku ke bengkel mengetuk dan mengecat ,
ketika itu lah hati aku betul2 tersentuh...yelah...harta yang kita sayang...mesti terasa
dalam hati aku nih....sangat2 syahdu..sayu...
walaupun kitty itu tidak bernyawa...tapi pada aku..dia tentu sakit sebab cedera......

kitty..seremuk-remuk kamu...remuk lagi hati saya...terasa hilang salah satu cinta.....

semalaman aku tak lena.....asyik terkenang2 kitty aku yang tak bernyawa itu....
harap2 pihak bengkel akan jaga dia baik2.....aku sangat2 sayang dan hargai kitty yang
banyak berjasa itu.......

wanita dan airmata , perkara biasa .
tapi kala ada titisan airmata itu ,pasti hatinya sedang tersentuh...

*sayang , terima kasih kerana berada bersama manja*

jejaka MLM yang hensem

on Monday, January 17, 2011

ini lah salah satu kes yang tak pernah habis.....

kerap kali aku dihimpit oleh jejaka ini...
berbekalkan rupa paras dia yang tampan..
(kata dia lah..!) pada aku biasa2 aje..

jejaka muka ala2 babyface..issyyy...
yang dikatakan tampan itu ialah muka hensem+garang+manis=ye....
kategori ini sering kali menjadi perhatian aku..hahah..dulu lah..
skang....sudah ada seorang yang handsome with very good heart and macho face
in my frame lah..


well....back to jejaka yang kata dia tampan itu...
asyik dok himpit2 aku ...asyik suh aku join MLM itu...
seketika boleh lah aku tahan..elak2 sikit..tepis2 sikit...
dengan penuh berhemah..sopan santun dan penuh budi bahasa..
aku menolak...dia tambah juger balik......ingat aku nih makan ayat..?

aaaiiissyyyy....
rupanya dia tau aku tak makan ayat...
jadi dia cuba bagi aku makan duit....
berbekalkan wang ringgit sebagai bukti kukuh kemewahan dia....
hei.....anda tersalah tunjuk lah...! saya bukan mata duitan tau...!

saya harap selepas anda baca entry ini...
saya harap anda faham yer jejaka sabah...
i`m not interested....

ambil balik gambar anda ini....













jangan susah2 hubungi saya lagi sebab saya dah tukar nombor telefon baru...

kecoh seminggu gosip artis kegemaran ku..

on Sunday, January 16, 2011

well..

it`s sunday...seminggu sudah berlalu ...
yang aku rasa sangat pantas ...sekejap sangat...
orang2 selalu kata...dunia akhir zaman..sbb tu rasa zaman pantas berlalu...

hhhuurrmmmm...
tak banyak perkara yang terjadi dalam kehidupan rakyat biasa macam aku nih...
setiap pagi bangun , sediakan sarapan ringan.. (biasanya bancuh susu , milo atau nescafe , koko crunch atau honey star dan roti gardenia sapu jem , kalau ada balance nasi , goreng..dapat lah sepinggan..tambah ngan nugget konfem jenama ayamas, roti gardenia 60 sen dan biskut2 tempatan).

hantar anak kesayangan aku ke tadika... terus ke tempat kerja sambil dengar SuriaFM , mengeluh tak henti2 pasal jalan jammed , ditambah lagi bila tersangkut dengan drebar2 yang macam baru semalam dapat lesen...kadang2 termaki hamun drebar yg bawak lembap tapi nak drive belah kanan...kadang2 ketawa bila dengar jenaka dari DJ radio...
sampai opis...biasanya punch card merah..hehehe...
rutin harian kerja...eermmm..biasalah..setiap kerja ada stressnye dan bergantung pada individu lah kan handle segala2 hal kerja.....
tapi kerja aku...oklah....best..dan tak buat aku serabut setiap hari.. cuma kadang kala  terpaksa berurusan dengan lelaki "miang"...tapi nak buat cemana... kerja... kang tak kerja kang fulus kurang .....tak bole..tak bole...
orang kaya pun tetap kerja carik duit dan wang... apa lagi orang tak berapa kaya macam aku..

petang...waktu balik kerja adalah waktu hati senang..bertambah senang bila urusan seharian selesai dengan baik..segala urus niaga selesai... unfinished business.. mesti ada.. tapi segala yang pending tu bukan yang urgent..so..balik kerja  ..~~lalala~
drive sambil dengar SuriaFM dan suara DJ kesayanganku..CIK LO...
ambik anak kesayangan aku kat nursery , kadang kala aku bawak dia pi main taman dulu..
apatah lagi slot akasia skang dah tukar pukul 7... kalau dulu aku mesti nak balik cepat..
hihi..nak tgk sambungan apajadi...i love tv3...
selain bawak anak aku gi taman...kadang kala aku bawak dia gi kedai..beli lauk.. balik umah masak nasi ajer...

malam.....rutin harian aku mmg kena masak nasi dgn air lah... settle hal dinner , basuh baju..
sidai..gosok baju...basuh pinggan...
anak..?
syukur Alhamdulillah , suami kesayangan aku sangat2 baik..sentiasa tolong aku dari dulu lagi....hal anak memang selesai...."sayang" tolong mandikan dan ...buat lah apa2 aktiviti bersama...jangan ganggu ibu dah...
selesai maghrib dan isyak berjemaah...selesai dinner..
biasanya aku ngajar anak aku..apa2 yg patut lah...kaler2..abc..sing a song..mengaji...
dearest hubby..kalau dia tak plku..dia join sama...

tapi akan jadik macam aku ajar dua budak kecik lah...
pasal ayah dengan anak nih...memang selalu geng nyakat aku...
kalau tak dengar aku jerit..tak sah..mesti sakat aku sampai aku hilang sabar...
si anak nakal aku tahan gak lagi...
si ayah nye nakal...hahahaha..kadang2 aku rotan dua2 sekali..
pas tu lari masuk bilik kunci...hahahaha...

biasanya hubby aku amik kunci , lepas tu acara geletek2 bermula...
biasa mmg target kat anaklah kan...
kalau ayah ibu nak men geletek2 kena tunggu anak titun..hihi...


sama ada hubby aku ada kat umah mahupun kat plku , anak aku akan titun lebih kurang
pukul sepuluh...lepas tu...kalau aku ngantuk aku titun sama... kadang sanggup juga tahan mengantuk tunggu hubby balik dari plku...sambil2 online game..atau layan movie.. baca novel atau majalah..kadang2 men jigsaw puzzle anak aku.. abih boring aku layan keta control..


begitulah setiap hari weekdays...
yang masanya sekejap jer berlalu..tau2 dah seminggu...
sabtu...hari nih ahad...esok..isnin datang lagi...

semalam teman hubby aku ke futsal...lama juga dia tak jadik player..ahaks..
sampai dia tak ke plku...i bet game semalam mesti dia enjoy sangat... habis pukul 10 lebih..
dinner kat feveret place kami..mee bandung muar..
sembang2 punya sembang2 sambil makan...almost 12 dah...

balik singgah kedai abe...beli nasi... malam minggu...
byk aktiviti boleh buat..dan sure lapar lepas tu..
malas nak masak pulak...so,standby makanan adalah salah satu perkara romantik..
hahaha...

pagi tadi...satu lagi hari ahad, ada aktiviti utk ahli chicky club... celebrate ulangtahun kfc..
selain aktiviti utk kanak2...ibu bapa pun boleh join singing contest...
anak aku...happy...byk hadiah yang dia dapat..seronok lah...

sebut pasal club...teringat pulak salah seorang pelakon kegemaran aku , fasha sandha yang nak buat kelab peminat...walaupun bayaran nye rm50 , agak mahal utk org kebanyakan macam aku...tapi...demi FS nih...oklah..aku kurangkan lah bajet soping nanti...hehehe...

LO & FS...
mujur aku tak payah pilih nak vote saper utk ABP sebab masing2 dalam kategori lain...

hubby aku....?
salah satu perkara terbaik dalam hidup aku...
bak kata iklan shampoo...

"tak cari dah yang lain"

sekarang nih sedang berdengkur...katanya nak upload gambar...tapi...hhuurrmmm...
macam mana pun nak kena kejut juga... nak gi pasar malam....

anak aku...?tengah ngadap game....itu aje lah yg dibuatnya lepas layan kartun..

aku...selain menaip...sekali2 aku belek2 laman sosial artis2 kesayangan aku...

esok...isnin datang lagi...
semoga hari esok itu lebih baik untuk suami , anak , ibubapa dan aku...

dan mula berfikir..esok nak pakai baju apa..lusa nak pakai baju mana...
nak masak apa...dan macam2 yang berkaitan dengannya for coming week...

............................................................................................................................

saturday midnite.

on Monday, January 10, 2011

It`s saturday...

Hari cuti...but my dearest mesti kerja juga... dia ada tanggungjawab terhadap
kerjaya nya itu...and as a good wife , for sure aku faham...walaupun kalau diikutkan hati nakal ni nak suami itu berehat bersama-sama kat umah......

lebih kurang pukul sepuluh lebih.....aku terima satu khidmat pesanan ringkas daripada suami aku...

>malam ni tengok midnite yer manja<

wahhhhh...berbunga-bunga hati aku gembira....
walau sudah lebih 5 tahun mendirikan rumahtangga ,
sudah 10 tahun bercinta....dia masih sama.
ketika itu hati aku mengucapkan syukur...walau sibuk , dia masih tidak
lupa....
sambil memikirkan apa yang harus aku masak untuk tengah hari itu  , aku keluarkan ayam dari peti ais...huh..beku...
balance nasi malam tadi ada lagi sikit , eerrmmm....
goreng nasi dulu lah untuk anak aku....kejap lagi dia bangun tidur mesti lapar....lepas siap nasi , goreng nugget...
masak air...masuk baju dalam mesin basuh...sental lantai dapur....

tit..tit..tit...
mesin basuh aku bunyi....
ambik baju , masuk bakul...nak sidai....aik...

"eh..anak ibu dah bangun...?"

"dah lama dah....akim tengok ibu mop lantai akim tengok la katun..."

"yayang ibu nih lapar tak ...? nak makan tak..?"

"lapar...akim nak koko kunch"

"nak koko kunch...?ibu dah goreng nasi dengan nugget nak tak..?"

"taknak la bu nak koko kunch"

"ok..ibu sidai baju jap yer...akim bukak baju , mandi dulu"

selesai sidai baju...mandikan anak kesayangan aku.....tuang koko crunch , bancuh susu....
suap anak aku.....sambil2 suap diri sendiri......selesai....baring2 melayan kartun dengan anak aku.....
sudahnye...terlelap.........masa tu jam pukul berapa aku pun tak sedar........

alih2 aku terjaga jam dah pukul 3. anak aku tertidur lagi...sure letih.....
tgk ayam dalam sinki , dah ok....tidak berada dalam keadaan beku lagi....
aku basuh ayam2 itu....potong2 segala bahan asas.......nak buat sup lah....
siap mereneh sup atas api..aku panaskan nasi goreng ....makan....
kenyang...masak nasi....
bersihkan diri.....

lebih kurang pukul 4 anak aku bangun.....main geletek2 dengan dia.........
terkekeh-kekeh gelak....
aku senduk nasi...ambik karot dengan kentang...isi ayam...
suap lagi anak kesayangan aku....
bukanlah anak aku tak tau makan sendiri...tapi sengaja nak manjakan dia....
sambil melayan kartun lagi....
petang itu seperti biasa aku bawak anak aku main kat taman atas....

hampir pukul 7 balik....terus mandi....
anak aku terus melayan kartun...
aku panaskan lauk.....panaskan nasi....
bersihkan diri....
8 lebih...dearest hubby aku sampai...
tengok mukanya letih...
aku siapkan beg dengan baju silat dia...
siapkan makanan....

"awak nampak letih jer....lain kali je lah kita tgk movie" tak sampai hati pulak aku....

"takpe....nanti anak tidurkan umah mama tau..kita pergi berdua jer...."

selamat suami aku itu sampai ke pusat latihannya , aku terus gerak ke pizza hut , nak redeem hot ticket.
3 keping hot itcket = 3 keping personal pizza = rm3.15
lepas tu suap anak kesayangan aku tu makan......terus gerak umah kajang.....
jam dah lebih pukul sepuluh.....
sampai2 umah ....mama tengah masak udang...yummy..yummy..

aku terus ambik tilam , selimut , bantal...
bentang kat depan..pasang ubat nyamuk....rushing2....
tepuk2 anak kesayangan aku tu........nak tidurkan la konon...
dah pukul sebelas...dearest hubby aku sure dah abihkan latihannya...adehhh...

"tak payah tidokan dia la angah....kang mama nak tido kang dia tido lah sama...."

terdengar suara suci murni mak aku ...adehhhh..masalahnye aku yang tak sampai hati...
nak dating berdua....tapi teringat anak pulak nanti..!
memikirkan jam dah 11.15 , aku peluk cium anak kesayangan aku tu...
TERIMA KASIH MAMA.
takpelah...nanti ada citer kartun movie.....aku bawak lah dia .....

sampai2 pusat latihan , jam pukul 11.40pm.
aiyoo...20 minit lagi....hubby aku kata tak payah la tukar baju..nanti lewat...
kehkehkeh..tergelak2 aku pasal ...
teringat masa dating dulu2 dressing mesti kaw2...
skang dah kawen..dating ngan seluar silat dia aje...!
aku.....dgn seluar track je..!

*takpelah....emergency..dah lambat..dah malam...*
ayat2 penyedap hati suami kesayangan aku......

sampai tepat pukul 11.55pm......
hubby aku tak bawa laju pun...tapi malam jalan tak jammed...
parking pun byk....
selepas berkira2 nak popcorn set besar atau medium....
kitorang bergenggaman tangan la masuk carik seat...
skang best sbb dah ada couple seat...

Venue ; TGV AEON Cheras Selatan
the tourist.
cerita itu lah yang aku tengok...
sebenarnya memang aku pernah cakap kat hubby aku nak tgk citer nih...
tapi hubby aku kata ...
tak minat...biasalah..lelaki memang suka action movie...
tak pun cerita super hero yang mengarut2 dari hollywood tu...

tapi...malam itu..tengah malam itu...
adalah satu lagi bukti cinta dan sayangnya pada aku...

kesudiannya menemankan aku melihat cerita itu sangat aku hargai....

cerita itu....
memang best lah....dan ada juga action dalam cerita itu...
walaupun ringan....tapi best...
dari permulaan cerita..hingga penyudah....sangat best...!
aku pasti dvd tu akan ada dalam koleksi aku nanti...
tapi yang cetak rompak lah..pasal murah...hehehe....

habis movie....dearest hubby ajak gi makan...
teringin char  kuew tiau....
tapi dah tutup.....akhirnya.....gi makan kat kedai abe juga....
pasal sesetengah kedai je yang aku ada hati nak makan...
sesetengah tempat tu masak ala kadar jer....tak sedap.
lepas makan terus gi umah kajang....amik anak kesayangan kitorang...

kata mama...sebelum tido dia nangis2 lah juga pasal kena sakat...
ayah ibu tgk wayang akim tak ikot....
huhuhu...memang lah....mak aku memang suka menyakat anak aku itu....

hampir pukul 3.30 am......
aku masukkan sup dengan baki pizza dalam peti ais....
bersihkan diri....
landing kat kerusi..bukak tv.....
nak tunggu suami la konon nye....

sedar2 pagi ahad tu aku terbangun...
dah dalam bilik dah...aik...bila aku masuk bilik...?
ntahlah......

awal pagi ahad itu aku bangun...
syukur ..terima kasih Allah diatas kebahagiaan yang diberikan.

perang besar

on Friday, January 7, 2011

kehidupan yang aku tahu setiap orang lalui..ada yang sama,ada yang berbeza.
mereka yang bahagia,beruntung...mereka yang kurang bahagia....teruskan usaha...
kebahagiaan akan tiba.

aku...Alhamdulillah...
tipu lah kalau sepanjang masa bahagia....
hidup ini memang ada suka duka....

bahagia dengan kehidupan rumahtangga...iye...sangat...
tapi kadangkala angin sepoi2 bahasa tu melanda juga...
arwah p.ramlee kata sedangkan lidah lagi tergigit...

semalam , almost a nitemare to me......
when a stranger give a damn message to my dearest...and my dearest give a call
to that stranger...and turns up to me...haaa......part nih la yang sangat mangat aku geramkan...!
kinna busybody betul lah makhluk itu...............

serik.
serius aku serik dengan ko.
lucky me know how to tackle his heart...and lucky me
dia tak melompat-lompat macam cacing when something comes up.
tak melompat-lompat macam ko lah stranger...!

sebok2 mesej kat dearest aku pasal fb account kitorang nih..
pehal ha........adehhhh...
kalau tak kerana aku nih......

SAYANG DAN HORMAT DAN CINTA

kan dearest aku..sure i already ask you why by my self....tau tak stranger...!

gile kentang betul la poyo...sengal..bengal...
ketuk...ketuk...ketuk...ketuk..ketuk...ko....
ha..padan muka ko...
ketuk..ketuk..ketuk...ketuk...ketuk..ketuk..ketuk...ko..
sampai ko kecik....
ketuk...ketuk...ketukkkkkk...dah tak nampak ko...
letak ko kat umah semut...
biar semut makan ko...
padan muka ko..!

sila lah menyebok2 lagi hidup kami nih...
tanyalah apa2 lagi...

message la banyak2 hal lagi...
penyebok...!!!

(agak2 semut tu nak ke makan ko...ntah2 semut pun taknak dekat...)

eleh...............sorok2 lah ilmu pertahankan diri tu....
Allah s.w.t. Maha Mengetahui.

go away from my life...!

on Thursday, January 6, 2011

it`s kinna weird , but i never hate someone like i hate one now. i really2 hate one , and i feel like wanna tell straight to the face. i guess u must be happy now because i have to keep private what i like and what i love just because of you stupid people keep annoying me and distract my life just because your life is not good as me.

but it`s okay , u didnt mean anything in my life. keep on complaining about what picture i upload in my facebook account ... after all i know what u are trying to do and believe me that it`s not gonna work..... i always get what i want .

to you , stupid people who always mind my business...getloooooseeee...!
i really hate you and stay away from me...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Service Tempahan Design | Design By: kozumi_ro